BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 April 2011

Sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Burma sebelum kedatangan Barat

Kebanyakan Negara di Asia Tenggara mengamalkan system beraja sebelum kedatangan Barat. Bagaimanapun terdapat pelbagai gelaran digunakan oleh pemerintah, misalnya raja, Susuhanan, Seri Maharaja dan Sultan. Walaupun nama berbeza namun tugas dan tanggungjawab mereka tidak banyak berbeza. Siam dan Burma menggunakan gelaran raja. Dalam struktur pemerintahan di kedua-dua negara ini, raja menduduki hieraki teratas dalam struktur sosial. Raja menikmati pelbagai keistimewaan dan dianggap suci dan lebih hampir kedudukannya dengan Tuhan.

Disebabkan kedua-dua Negara ini menerima pengaruh agama Buddha dan Hindu, konsep Dharma telah diamalkan. Konsep ini menjadi ikatan anatara raja dengan rakyat biasa. Raja dianggap sebagai penaung kepada Dharma dan raja bertnggungjawab dalam usaha memeliharanya. Ini bererti bahawa raja harus memerintah negaranya dengan adil dan mengikut peraturan dan undang-undang yang diamalkan di negaranya sendiri
Rakyat Thailand dan Burma mempercayai bahawa raja merupakan jelmaan dewa-dewa terutama Dewa Siva dan Dewa Vishnu atau penjelmaan Buddha. Oleh itu raja dikurniakan sifat-sifat ketuhanan seperti dikurniakan paying putih yang merupakan symbol kedaulatan ketuhanan. Dalam sejarah tradisi Burma raja diberikan sifat ketuhanan oleh Brahmin dgn memberikan payung putih sebagai simbol kedaulatan dan peralatan kebesaran yg mempunyai kesaktian. Untuk memperkukuhkan ketuhanannya, raja melantik Brahmin sebagai penasihat agama.
Gajah merupakan harta raja bagi negeri Thailand, dan Burma. Rakyat tidak boleh memilikinya, menganggu dan menggunakannya, jika tidak hukuman berat akan dikenakan
Gajah digunakan sebagai tunggangan raja dan digunakan dalam peperangan. Sesiapa yg menangkap dan menyerahkan kepada raja akan diberi hadiah yg lumayan. Di Siam dan Burma ada jabatan khusus yg bertujuan untuk melatih dan menangkap gajah. Selain itu bagi raja-raja Burma dan Siam, gajah putih disifatkan sebagai simbol kedaulatan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yg terdapat pada gajah tersebut.
Raja berkuasa mutlak dan berkuasa penuh ke atas semua tanah kerajaan. Kuasa raja dikaitkan sebagai Tuhan. Raja di Thailand dan Burma dianggap sebagai pelindung, penaung dan bertanggungjawab ke atas perkembangan keagamaan dan kesusasteraan di kedua-dua Negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab raja bagi kedua-dua Negara ini mengekalkan adat resam tempatan. Disamping itu raja berperanan sebagai pelindung rakyat daripada penganiayaan. Tempat tinggal raja dianggap sebagai tempat suci yang dipilih khas oleh kedua-dua kerajaan ini. Istana dianggap sebagai pusat kerajaan, temnpat tuhan dan lambing pusat alam. Demi menjamin kebahagiaan hidup rakyat, raja-raja Thailand dan Burma perlu mempunyai moral yang tinggi dan rakyat pula memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Hak dan kedudukan raja tidak boleh dipersoalkan. Di Thailand, raja berkuasa penuh menentukan hidup mati seseorang rakyat. Dalam pada itu raja dianggap berdaulat dan mempunyai alat-alat kebesaran. Hanya raja sahaja yang boleh menentukan hukuman bunuh dalam system pentadbiran.
Penutup
Sistem pemerintahan Thailand dan Burma dipengaruhi kuat oleh agama Hindu Buddha. Bagaimanapun system ini lenyap apabila British menguasai Burma dalam tiga siri peperangan, manakala Thailand kekal sebagai sebuah negeri yang mengamalkan system beraja namun begitu berlaku pemodenan dalam system beraja itu sendiri yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

0 ulasan: