BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 April 2011

2.2 Campur Tangan : Sebab-sebab Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring dan kesan-kesannya ke atas negara Burma dan Thailand

Britain berminat dengan negara Burma kerana kepentingan ekonominya. Britain terlibat dalam satu peperangan dengan Burma, iaitu Perang Inggeris-Burma I yang berlaku pada tahun 1824 hingga tahun 1826. Perang ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Bagi Thailand pula, atas kesedaran Raja Mongkut, Perjanjian Bowring ditandatangani antara beliau dengan Britain pada tahun 1855. Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani atas sebab-sebab tertentu dan mempunyai kesan ke atas negara masing-masing.

Perjanjian Yandab telah menamatkan Perang lnggeris-Burma 1. Punca peperangan ini adalah mengenai masalah sempadan. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan yang berjiran dengan Chittagong. Dengan ini, Kerajaan lndia-Inggeris dan Burma berkongsi satu sempadan. Pentadbiran Burma di Arakan sangat zalim. Berlaku banyak pemberontakan dan ramai pemberontak melarikan diri ke Chittagong. Burma menuntut agar Kerajaan lndia-lñggeris menyerahkan pemberontak Arakan. Pada tahun 1811, hubungan British dan Burma semakin tegang apabila Chin Byan menakluki Mrohoung, sebuah bandar Burma. Burma mengesyaki bahawa British telah menyokong Chin Byan.
Pertentangan kebudayaan juga membawa kepada meletusnya Perang Inggeris - Burma 1. Burma ialah sebuah kuasa konservatif dan merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Utusan British dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum mengadap raja. British enggan melakukannya dan menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Utusan British memang gagal mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan konsesi perdagangan . ini juga membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Satu lagi faktor ialah kebimbangan kemaraan kuasa Perancis. Perancis berharap dapat menggunakan Burma sebagal tapak untuk menyerang British di India. Perancis telah membina sebuah pangkalan di Mergui. Kerajaan India-lnggeris ingin memujuk Burma supaya melarang Perancis daripada menggunakan pelabuhannya. British terpaksa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Burma supaya Burma tidak berpakat dengan Perancis untuk menentangnya.

Dasar perluasan kuasa Burma ke Assam, Manipur dan Cachar telah meretakkan hubungan antara British dengan Burma. Raja Bagyidaw dengan bantuan .Jeneral Maha Bandula memulakan serangan ke atas Assam pada tahun 1822 dan kemudiannya ke Manipur dan Cachar. serta Pulau Shahpuri. Ini memberikan peluang kepada British untuk mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1824.

Syarat-syarat Perjanjian Yandabo adalah seperti yang berikut:
(a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British.
(b) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur.
(c) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British.
(d) Burma bersetuju menerima seorang Residen British untuk menjalinkan hubungan diplomatik.
(e) Burma bersetuju menghantar duta ke Calcutta.

Perjanjian Yandabo merupakan satu penghinaan kepada Kerajaan Burma. Burma kehilangan banyak kawasan pantai. Perang lnggerisBurma I menandakan permulaan penjajahan British di Burma.

Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang liiggeris-Burma I, pencerobohan British di China yang menyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855.

Syarat-syarat Perjanjian Bowring 1855 adalah seperti yang berikut:
(a) Perdagangan bebas dijalankan.
(b) Cukai import 3% ad valorem dan eksport 5% ad valorem
(c )British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 KM dari Bangkok
(d)Import Candu ke Siam dibenarkan
(e) Seorang konsul British ditempatkan di Siam untuk mengadakan hubungan diplomatik
dengan Raja Siam.
(f) Eksport beras dibenarkan.
(g) Rakyat British di Siam diberi hak-hak wilayah asingan.

Perjanjian Bowring disusuli oleh perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856). Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1860), Belgium (1868), Itali, Norway, dan Sweden (1868).

Kuasa-kuasa Barat ini mendapat keistimewaan yang sama seperti yang diperoleh British. Perjanjian Bowring merupakan perjanjian yang paling memuaskan hati pihak British.

Perjanjian Bowring menandakan permulaan Dasar Buka Pintu Siam. Dasar ini telah membawa Siam ke arah pemodenan. Raja Mongkut telah memulakan pemodenan Siam di sekitar istana dan Bangkok. Beliau mengupah penasihat asing untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu.

Dasar luar negeri ini yang bertujuan mengadakan hubungan diplomatik untuk berbaik-baik atas dasar persamaan taraf menyelamatkan Siam daripada diserang oleh kuasa-kuasa luar. Raja Mongkut berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam.

Zaman imperialisme Barat dan pada masa kebanyakan negara lain di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, Perjanjian Bowring dengan disusuli oleh perjanjian-perjanjian lain telah membawa Siam ke arah perkembangan dan kemajuan yang pesat. Pelaburan modal asing menambahkan lagi perkembangan perdagangan dan ekonomi Siam. Siam telah ditarik ke dalam rangkaian perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya. boleh dikatakan bahawa Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring agak berbeza. Di bawah Perjanjian Yandabo, Burma Hilir dijajah dan Burma dipaksa menandatangani Perjanjian Yandabo akibat peperangan dengan British. Bagi Siam pula. pemodenan dapat dijalankan selepas Perjanjian Bowring dimeterai. Siam mendapat keuntungan daripada Perjanjian Bowring kerana tetap merdeka dan menjadi semakin moden.

0 ulasan: