BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 April 2011

Sistem ekonomi sara diri yang dijalankan di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat.

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat bercorak tradisional iaitu kegiatan pertanian sara diri. Antara tanaman yang ditanam ialah padi, tanaman makanan, penternakan, perikanan dan kegiatan perdagangan. Peralatan yang digunakan biasanya menggunakan peralatan tradisional dan hasil yang dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan keluarga. Jika terdapat lebihan ia akan diperdagangkan melalui system barter.


Penananaman padi merupakan kegiatan yang penting di India. Terdapat dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi Sawah biasanya ditanam di kawasan lembangan sungai dan berpaya terutama sekali di lembah Sungai Ganga, Indus dan Mahanadi. Wilayah Benggal di Timur Laut India dikatakan menjadi kawasan utama penanaman padi sawah. Penanaman padi Sawah juga ditanam di seluruh benua India, kawasan-kawasan lain termasuklah di lembah Sungai Godavari dan Sungai Krishna di bahagian tangah India. Sementara penanaman padi Huma pula biasanya dijalankan di kawasan berbukit terutamanya di daerah pedalaman Darawak.
Selain padi, penduduk India juga menanam sayur-sayuran, kekacang, ubi, teh, gandum dan sekoi. Indigo juga ditanam terutama sekali di bahagian Selatan India. Tebu ditanam di daerah Bihar dan Benggal. Bengal pada satu ketika dahulu merupakan pusat industri gula pada pertengahan abad ke-18
Kegiatan perikanan dijalankan di sungai-sungai, pesisir pantai dan tasik seluruh Negara. Sungai Ganga dan Sungai Indus merupakan kawasan utama penangkapan ikan selain pesisir pantai. Ikan merupakan sumber protein utama penduduk India. Peralatan yang digunakan biasanya menggunakan jala, bubu dan pancing. Mereka juga menjalankan kegiatan perikanan di kawasan Laut Arab dan Teluk Benggala.
Kegiatan penternakan juga dijalankan di India sama ada sebagai kegiatan utama mahupun sampingan. Biasanya binatang ternakan diberi makan rumput di persekitaran kampong mereka. Antara binatang ternakan yang dipelihara termasuklah lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain
Binatang ternakan bukan sahaja sebagai sumber protein, malah digunakan untuk kerja-kerja membajak, pengangkutan serta membekalkan baja organic abgi aktiviti pertanian. Daripada bancian yang dibuat pada tahun 1872, didapati terdapat 68.5% penduduk lelaki dewasa terlibat dalam sector pertanian. Bagaiamanapun hasil pengeluarannya rendah kerana masih menggunakan peralatan atau system tradisional. Masalah kasta dan penindasan golongan Zamindar menyebabkan petani di India kekal dalam kemiuskinan.
Kapas merupakan bahan perdagangan yang penting di India meskipun ia merupakan kegiatan ekonomi sara diri. Kapas merupakan sumber asas terpenting dalam pembuatan kain sejak berabad lalu. Terdapat dua jenis kain kapas iaitu kain calico dan muslin yang dikeluarkan dari daerah Dacca, Lucknow, Patna dan Midnapore. Kain bafta, dhoti, dan chintz dihasilkan di barat laut India. Kegaitan perdagangan berasaskan kapas ini berlanjutan sehingga abad ke 20. Terdapat juga barang dagangan lain seperti minyak wangi, the, jut dan kain pelikat. India mempunyai hubungan perdagagan dengan Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Aktiviti perlombongan turut dijalankan di India secara kecil-kecilan. Antara yang dilombong ialah emas dan besi. Penduduk India turut melakukan kegiatan perlombongan garam di Punjab.
Di Filipina kegiatan penanaman padi juga merupakan kegiatan pertanian yang penting kerana padi merupakan makanan utama penduduk Filipina. Dua perlima daripada tanah di Kepulauan Filipina digunakan bagi penanaman padi. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan di Filipina iaitu padi Sawah dan padi Huma. Padi biasanya ditanam di lembangan sungai dan berpaya serta dataran subur terutama sekali di Dataran Manila. Padi awah bergantung pada air hujan dan system saliran semula jadi terutamanya sungai.
Penanaman padi huma dijalankan di kawasan berbukit terutamanya di kawasan pedalaman Filipina. Tanaman ini biasanya dijalankan secara tanaman pindah (caingin) yang melibatkan aktiviti tebang dan bakar.
Tanaman makanan lain yang diusahakan oleh penduduk Flipina adalah tanaman sayuran, kekacang dan kelapa. Keladi, jagung dan ubi merupakan antara tanaman utama pertanian pindah yang dijalankan di Mondoro. Tanaman lain yang diusahakan termasuklah abaka atau Manila Hem. Abaka digunakan untuk menghasilkan gentian bagi membuat tali dan kain. Kawasan utama penanaman abaka adalah Mindanao. Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina. Hasil daripada pokok kelapa telah dipelbagaikan untuk menambahkan pendapatan. Mereka menghasilkan kelapa kering dan minyak kelapa.
Aktiviti perikanan dijalankan di sungai, tasik dan kawasan pesisir pantai. Nelayan Filipina menggunakan kaedah tradisional dalam penangkapan ikan iaitu menggunakan jala, bubu dan pancing. Bentuk muka bumi yang berpulau sangat sesuai untuk kegiatan perikanan.
Kegiatan penternakan juga dijalankan di Filipina. Antara binatang ternakan yang dipelihara ialah lembu, kambing, ayam, itik dan tidak lupa pula babi. Selain digunakan sebagai sumber makanan, binatang ternakan juga digunakan untuk kerja-kerja membajak, alat pengangkutan serta membekalkan sumber baja organic
Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perusahaan ringan secara kecil-kecilan. Antara kegiatan yang dijalankan termasuklah menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin termasuk daripada emas. Mereka juga menjalankan kegiatan menganyam tikar, bakul, menyulam dan menenun kain. Terdapat juga penduduk Filipina yang terlibat dengan perusahaan membina kapal.
Kegiatan perdagangan di Filipina dikuasai oleh golongan pemerintah, golongan bangsawan dan penghulu. Mereka terlibat dengan perdagangan kelapa kering, mutiara, pinang dan lain-lain. Para pedagang Filipina menjual kulit kura-kura, mutiara dan pinang kepada pedagang-pedagang China manakala pedagang China membawa masuk tembikar, sutera dan manik ke Filipina.
Terdapat juga kegiatan perlombongan di Filipina. Antaranya tembaga dilombong di Toledo iaitu di tengah Cebu. Bijih timah dilombong di Surigo yang terletak di utara Mindanao. Kegiatan perlombongan di sini dijalankan secara kecil-kecilan dan menggunakan peralatan tradisional
Kesimpulan

Kegiatan ekonomi sara diri merupakan kegiatan yang penting di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat. Apabila Barat menguasai kedua-dua buah negeri ini. Pertanian secara komersil diperkenalkan dan ini telah membawa kepada perubahan kaedah pertanian tradisional kepada kaedah yang moden. Hasilnya telah member keuntungan yang besar. Namun begitu keuntungan yang besar ini hanya dinikmati oleh Barat sedangkan penduduk tempatan terus kekal kemiskinan.

0 ulasan: